RSS

Daily Archives: Jun 19, 2007

Jerih- Perih Seorang Pemandu Teksi

Sudah agak lama saya tidak pulang ke rumah lewat malam. Rasanya sudah hampir 4 tahun lamanya saya akan pulang ke rumah sebelum Maghrib, tetapi malam tadi disebabkan banyak kerja yang tertunggak di office maka saya tiba di rumah pada pukul 12 malam tepat.

Selepas merehatkan diri di dalam Putra selama hampir satu jam (Dari Terminal Putra ke Taman Bahagia), akhirnya tiba di destinasi yang ingin dituju pukul 11:30 malam. Tengok di perhentian bas, nampaknya kena naik teksi.

Setelah menunggu untuk beberapa minit, barulah sampai kenderaan yang akan membawa saya pulang ke rumah. Sebaik sahaja memasuki teksi tersebut, mulut saya ini terlalu becok agaknya. Lantas sebuah perbualan yang singkat tetapi berisi terhasil di antara seorang pemandu teksi dan seorang pelajar. Read the rest of this entry »

 
4 Komen

Posted by di Jun 19, 2007 in Tokoh