RSS

Daily Archives: Jun 17, 2007

Sebuah Dedikasi untuk Ayah

Tahun 1986, saya dilahirkan. Ketika itulah, seorang insan yang bergelar bapa datang dan melaungkan azan di telinga kanan saya. Sewaktu emak di dalam pantang, bapalah yang menjaga saya.

Apabila saya meragam pada tengah malam, kalau ibu tidak larat untuk bangun maka bapalah yang datang untuk menenangkan saya. Sama ada membuat susu atau menyelesaikan masalah ‘kolam’ yang saya buat di atas tilam, bapa akan cuba sedaya- upaya untuk menenangkan saya kembali. Read the rest of this entry »

 
3 Komen

Posted by di Jun 17, 2007 in Tokoh

 

Nafsu Di Tempat Kerja

Minggu ini sahaja, saya telah bekerja sambil melancong di Cherating dua kali. Baru semalam saya pergi ke Terengganu untuk pertama kalinya di dalam hidup. Pada awal perancangan, hendak menemani pegawai PRO mengambil bos kami di Cherating kerana menghadiri seminar.

Apabila saya masuk, abang Wan terus meminta izin daripada saya untuk pergi ke rumah asal beliau di Dungun, Terengganu Darul Iman. Sudah dinamakan rezeki, takkan saya nak tolak? Pergi pada hari Sabtu dan pulang pada hari yang sama. Penat tapi seronok. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu…

Akibat terlampau banyak masa dihabiskan untuk jalan- jalan, maka kerja di office tergendala. Saya membuat senarai kerja, alangkah terkejutnya saya apabila mendapati saya masih berhutang 6 buah berita dengan bos, Pn. Jeslina. Malah, tarikh deadline juga sedang menghampiri.

Apabila difikirkan, memang penat. Sekiranya saya tidak berdisplin dan tidak bernafsu untuk bekerja, kerja akan bertambah dan tidak tahu bila pula akan siap. Read the rest of this entry »

 
4 Komen

Posted by di Jun 17, 2007 in Dari Kamar Office