RSS

Kerja, Kerja, Kerja

12 Jun

Sedang saya asyik menaip resume kepunyaan makcik saya, tiba- tiba telefon bimbit berbunyi. Rupa- rupanya bos saya telefon, suruh balik office, ada kerja kata beliau.

Dengan berat hati, saya melangkah meninggalkan keluarga. Sepatutnya dapat cuti selama lima hari, tapi telah dipendekkan atas urusan kerja.

Minggu ini, memang sibuk. Nasib baik saya tidak mengambil apa- apa pelajaran bulan ini. Jika tidak, studi entah ke mana, kerja entah ke mana.

Saya baru sahaja dinaikkan pangkat di tempat kerja, maka gaji pun dinaikkan sedikit. Alhamdulillah… Namun tanggungjawab yang lebih berat dan besar sedang menanti untuk digalas.

Kalau dahulu saya menulis berita sahaja, kini saya harus menyiapkan berita dan melakukan sedikit kerja- kerja office.

Kalau dahulu, saya boleh menghantar berita sesuka hati sahaja. Selepas sebuah kertas kerja dikeluarkan oleh bos saya, berita kena siap sebelum pukul 7 malam. Kena ikut deadline (tempoh masa yang ditetapkan).

Moga- moga, semua cabaran ini mampu menjadikan saya lebih berdisplin dari sekarang.

Kerja di office lain, kerja untuk mahallah (kolej kediaman) lain pula. Setelah pelbagai perbincangan dilakukan dari bulan Mac 2007, akhirnya projek usahasama antara kolej kediaman saya dengan pihak BMW Malaysia Sdn. Bhd. akan diadakan di universiti saya pada bulan Julai ini.

Disebabkan projek ini telah mendapat persetujuan pelbagai pihak, ia harus berjaya. Dan atas sebab saya merupakan salah seorang ‘orang kuat’ untuk program ini, maka tugas yang perlu dilakukan juga adalah banyak.

Dengan tarikh program yang semakin hampir, tekanan untuk menyiapkan segala kerja berkaitan projek ini juga sama berat dengan beban kerja sekarang.

Namun, saya bersyukur. Walaupun tempoh untuk saya berkhidmat sebagai ahli jawatankuasa kolej sudah hampir tamat, saya masih boleh terlibat dan memegang jawatan yang agak besar di dalam projek ini.

Dalam erti kata lain, ‘orang atasan’ masih boleh nampak dengan jelas sumbangan apa yang saya boleh berikan untuk menaikkan nama mahallah.

Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang, Dato’ Dr. Mohd Said Mat Lela pernah berjalan kaki berbatu- batu jauhnya ke sekolah semata- mata untuk belajar. Kalau hujan, beliau redah juga. Kalau banjir, beliau menjunjung buku keatas mengelakkan terkena air hujan yang sampai ke perut beliau.

Saudara Najmil Faiz, pelajar Malaysia pertama yang membentangkan kertas kerja mengenai teknologi nano di Parlimen Britain pernah melakukan tiga kerja part-time dalam sehari untuk menampung kos pembelajarannya di Leeds University. Kini, beliau merupakan salah seorang yang berjaya di Malaysia.

Kalau mereka boleh melakukan, tiada alasan untuk saya gagal!

Pada waktu ini, pelajar- pelajar di universiti saya sedang sibuk menghadapi ujian terakhir mereka sebelum habis semester ini dan menghitung hari untuk bercuti selama tiga minggu.

Saya pula sedang menghitung kerja, entah berapa banyak lagi yang harus saya siapkan. Harap- harap, saya dapat menyiapkan semua kerja dengan baik dan meninggalkan impak yang elok sebelum saya turun dari jawatan ini untuk semester akan datang, InsyaAllah.

Kerja, kerja, kerja!   

 

 

 
Tinggalkan komen

Posted by di Jun 12, 2007 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan komen